Tuesday, November 20, 2018

ASAL USUL FELDA 

Assalamualaikum,
Nama diberi Siti NurAishah binti Abdul Razak,
Diploma in Health Information Management (9),
Berasal dari Gemas, Negeri Sembilan , 
Salah seorang pelajar dari KPJ Healthcare University College, Kota Seriemas, Nilai.

PENDAHULUAN
  Seperti yang kita ketahui, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di bawah Ordinan Kemajuan Tanah 1956 untuk pembangunan tanah dan penempatan semula dengan objektif pembasmian kemiskinan melalui penanaman tanaman minyak sawit dan getah. Antara fungsi FELDA adalah untuk melaksanakan projek-projek pembangunan tanah dan aktiviti pertanian, perindustrian dan komersial sosial ekonomi.




ISI-ISI

Pada tahun 1960 telah digubal undang-undang tanah yang baru bagi menyelaraskan pengurusan dan mempastikan keseragaman undang-undang dan dasar tanah bagi kawasan penempatan berkelompok dan syarat-syarat untuk pemberimilikan dan penempatan dikawasan tanah yang berkelompok tersebut.

  Secara ringkasnya, apabila seseorang peneroka Felda diterima masuk kedalam sesuatu kawasan berkelompok dibawah jagaan Felda dan menandatangani Perjanjian Peserta Rancangan Kemajuan Tanah dan namanya tersenarai didalam Borang A Jadual 1 iaitu Daftar bagi kawasan rancangan berkenaan, peneroka tersebut disifatkan sebagai seorang yang menduduki dengan harapan mendapatkan hakmilik (occupier in expectation of title).

  Setelah ia menjelaskan bayaran Consolidated Annual Charga (bayaran tahunan yang disatukan)(BTD), maka tanahnya (ladang dan kampong), kawasan rancangan itu secara otomatik kembali kepada pihak berkuasa negeri (PBN) dan hak Felda sebagai lembaga kemajuan dikawasan tersebut secara otomatik tamat.

Timbul isu-isu disini bahawa selepas CAC dijelaskan Felda masih mahu meneruskan pengurusan didalam rancangan-rancangan Felda, dengan pelbagai cara diantaranya:

(a) melambat-lambatkan pengesyoran kepada kerajaan negeri supaya dikeluarkan geran;

(b) mewujudkan perjanjian-perjanjian baru sebelum geran dikeluarkan bagi menambat peneroka-peneroka agar terus tertakluk kepada pengurusan Felda; seperti Perjanjian Tanam Semula yang menguntungkan Felda bilamana Felda mengenakan hutang yang tidak pernah diberikan Penyata Kira-Kira kepada peneroka dan Felda tidak membenarkan peneroka-peneroka menjalankan Tanam Sendiri.

(c) Felda memberikan elaun sara hidup kepada peneroka-peneroka dengan kadar dibawah kemiskinan (jika kadar kemiskinan Negeri Selangor digunapakai) dengan elaun yang dikirakan hutang sebanyak RM1500.00 sebulan dan Felda tidak pernah menyatakan berapakah sebenarnya pendapatan bulanan peneroka Felda, pendapatan peneroka Felda yang tanam sendiri adalah tidak pernah jatuh dari RM5000.00 sebulan dan sebahagiannya memperolehi lebih dari RM10,000.00 sebulan.

(d) Oleh kerana tidak ada Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan, hutang peneroka-peneroka kepada Felda meninggi sehingga antara RM70,000.00 hingga RM120,000.00 (suatu manipulasi angka yang dibuat sewenang-wenang oleh Felda).

Bukanlah menjadi tuntutan asas kepada peneroka-peneroka untuk tanam sendiri dan keluar dari Felda, tetapi menjadi tuntutan asas yang wajib ditunaikan oleh Felda agar Felda menjelaskan pendapatan bulanan kepada peneroka-peneroka sekurang-kurangnya RM5000.00 sebulan memandangkan rakan-rakan mereka yang tanam sendiri sedang memperolehi minima RM5000.00 sebulan setiap bulan.

Asas kepada penubuhan Felda adalah untuk membasmikan kemiskinan diluar bandar. Tetapi dengan cara pengurusan yang dilakukan oleh Felda pada hari ini hampir satu juta manusia didalam rancangan-rancangan Felda berada dikedudukan dibawah kemiskinan, dan ini tidaklah membanggakan rekod Felda yang dikatakan menjadi badan konglomerat pertanian yang memperolehi pendapatan berbilion ringgit setiap bulan.


 LOGO TERDAHULU






KESIMPULANNYA

   Hari ini, FELDA terus menjalankan peranan utama dengan menyediakan kemudahan yang mencukupi dan moden di rancangan FELDA, memastikan generasi peneroka seterusnya berpendidikan tinggi untuk meningkatkan sosio ekonomi dan kualiti hidup mereka seterusnya memastikan rancangan FELDA dapat menjana pelbagai aktiviti ekonomi di samping merapatkan jurang antara bandar dan kawasan bandar kecil. Fokus FELDA adalah untuk menjadi ‘ Economic Powerhouse ’ dalam menjana pelbagai aktiviti ekonomi pada tahun 2020 melalui program berstrukturnya dengan modal insan yang mempunyai pelbagai potensi.


 RUJUKAN 
1) https://www.felda.net.my/index.php/felda/mengenai-felda
2) https://ms.wikipedia.org/wiki/Lembaga_Kemajuan_Tanah_Persekutuan
3)http://perpustakaandesafeldapalong7.blogspot.com/2013/08/asal-usul-felda-pada-tahun-1956-       lembaga.html
4)https://www.facebook.com/FeldaLKTP/posts/asal-usul-nama-felda-adela-wilayah-johor-bahru-mengikut-legenda-adalah-dari-nama/1201600293281641/
5) Abdul Razak Bin Ahmad ( ayah saya )


Sekian,terima kasih :)